Institut Teknologi Baiduri

Perutusan Pengetua


 

"Mewujudkan satu suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif dan mengembirakan serta menghasilkan pelatih-pelatih yang boleh menghadapi cabaran dan tekanan dalam kerjaya mereka, apabila mereka merokai alam pekerjaan di industri kelak."


           Institut teknologi baiduri telah ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai satu pusat latihan kemahiran dimana tumpuan kami adalah dalam bidang elektronik,elektrik dan mekatronik. Seperti sediamaklum,pekerja-pekerja mahir dalam bidang-bidang yang disebut diatas amat diperlukan oleh  industri -industri dinegara kita. Kami juga menyediakan latihan-latihan khusus untuk meningkatkan  kemahiran- kemahiran berkomunikasi dan intra- personal supaya pelatih-pelatih kami dengan mudah menghadapi cabaran, apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak.

            Kami sedar bertapa pentingnya kolaborasi dengan industri-industri dan pusat-pusat latihan lain bagi menambahbaikan sistem penyampaian dan penilaian di pusat latihan kami.Akhir kata, kami mengalu-alukan lepasan SPM dan juga pekerja-pekerja dari industry untuk memperolehi dan meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang yang kami tawarkan.

 

SASAYAH A/L RAJAGOPAL
PENGURUS PUSAT BERTAULIAH
INSTITUT TEKNOLOGI BAIDURI