Institut Teknologi Baiduri

Soalan Lazim

Kursus-kursus apakah yang dijalankan di Institut Teknologi Baiduri?

Kami menjalankan program sijil kemahiran Malaysia seperti Kursus Elektrik tahap 1, 2 dan 3 (C-051/1/2/3), Kursus Elektronik tahap 2, 3 dan 4 (EE-021/2/3/4), Kursus mMechatronic tahap 2 & 3 (H-179/2/3) serta kursus City & Guilds.

 

Bagaimana untuk saya mendaftar di Insititut Teknologi Baiduri?

Anda boleh mendaftar terus secara ‘dalam talian’ atau datang terus ke Institut Teknologi Baiduri di alamat yang tertera di website kami atau jika anda berada di luar daerah Johor boleh hubungi kami di talian telefon atau melalui agen-agen sah yang dilantik.

 

Apakah kelayakan untuk saya mengikuti program di Institut Teknologi Baiduri?

Sila rujuk di ruang syarat kemasukan atau bertanya kepada Admission Counselor untuk maklumat yang lebih terperinci.

 

Adakah saya boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah selepas saya menamatkan kursus Diploma Kemahiran Malaysia di Institut Teknologi Baiduri?

Ya. Anda boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah selepas tamat Diploma Kemahiran Malaysia di UniKL, UTHM, UTEM, Kolej Universiti Tengku Abdul Rahman dan lain-lain.

 

Berapakah jumlah yuran pengajian?

Sila rujuk di ruang Struktur yuran atau hubungi Admission Counsellor untuk keterangan lanjut.

 

Bagaimanakah cara untuk memohon pinjaman PTPK?

Pinjaman pengajian melalui PTPK di sediakan dan kami akan membantu permohonan pelajar yang mengambil pinjaman PTPK sehingga pinjaman diluluskan. Senarai semak turut disertakan dalam website untuk rujukan anda.

 

Adakah saya boleh menukar kursus pengajian setelah membuat permohonan pinjaman PTPK?

Tidak boleh.

 

Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan?

Berbagai kemudahan telah disediakan seperti asrama yang berdekatan, Insuran, fail dan nota - PERCUMA, Makmal dan bengkel moden bertaraf industri, aktiviti kurikulum dan sukan, cafeteria, surau, mesin ATM berdekatan, Internet wifi, pusat sumber, gelanggang futsal dan lain-lain.

 

Adakah Kursus-kursus di Institut Teknologi Baiduri di iktiraf oleh kerajaan dan Syarikat industri?

Ya. Kursus kami memang di iktiraf oleh kerajaan malahan sijil dianugerahkan oleh pihak JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran M’sia). Pihak kami sentiasa berbincang dengan pihak industri bagi menjamin mutu keluaran pelajar kami menepati kehendaki syarikat Indsutri.

 

Adakah pihak Institut Teknologi Baiduri mendapatkan kerja setelah tamat pengajian?

Ya. Pihak kami telah menandatangani MOU dengan beberapa syarikat dan kami akan menyerapkan pelatih-pelatih yang difikirkan layak untuk bekerja di beberapa syarikat dan Industri.

 

end faq